page

Wednesday, 10 June 2015

Hari Sukan Sekolah Adam

31 Mei yang lepas ialah hari sukan sekolah Adam. Buat di Dewan SMK Setia Alam. Sukan sekolah dalam aircond tuh! Nasib lah buat dalam dewan, petangnya tu hujan lebat. Kalau tak, lencun semua  mandi hujan. Macam biasa, yang paling excited aku lah, si ibunya. Siap ajak ayah dia pergi beli kasut baru, baju baru warna biru untuk en.suami, aku dan Aina. Kiranya nak bagi semangat dekat Adamlah. Dalam kereta, "Eh...samalah semua pakai baju blue". Ulang-ulang 4,5 kali ayat tu. 

Sampai-sampai, register dan terus makan. Makanan adalah ehsan ibu bapa yang sudi bawakkan. Macam-macam ada. Sedap-sedap pulak tu. Ada yang buat roti. Sedap weh! 4 bun jugak la rembat. Lembut je. Dan ada yang bukak gerai-gerai kat situ. Macam-macam ada jual. Hulur duit je. Hehehe...





Sebelum acara mula, dua orang ni bergembira main dengan tali-tali ni. Aina, akan jadi terlampau berani Semua orang nak ditegur dan disentuhnya. Manakala, Adam pula akan escort kemana saja adik dia pergi. Jadi bodyguard. So, dengarlah arahan dan ayat-ayat seperti "Adik..sini adik. Sini kat Along" "No adik..no" "Adik, jangan tarik/lari nanti jatuh" ... Dekat rumah bergaduh, dekat luar, jaga habis. Good job Along!



Gambar atas ni baru sudah perbarisan. Lepas tu nyanyi-nyanyi. Masa ni la dapat tengok perangai Adam bila dengan kawan-kawan dia. Sangat bagus. Kerjasama tiptop. Menari pun sangat bersemangat! Sampai keluar barisan. Bangga sangat. Risau pun hilang. Selalunya, mesti risau. Macam mana la dia dekat sekolah. Malu-malu ke, takut-takut ke. Rupanya, hambekkk! Sangat bersemangat!  Tapi, disebabkan Aina dah pengsan time ni, gambar pun tak banyak sangat. Terbatas pergerakan ibunya ni.


Ni acara untuk 4 years, salah seorang kena involve. Aku paksa en.suami join. Dia dari awal mengelak sebab segan. Sanggup nak pangku Aina. Tapi, kuasa pujukan akhirnya dia mengalah. Dan suddenly, Adam yang tengah bersemangat tu jadi malu-malu kucing. Yeah... Adam kalau ada ibu dengan ayah memang automatik jadi kucing. Hahaha....



Nampak, nak jadi orang first. Eh! Kemetotlah awak ni Adam.


Turn diorang dah sampai


Ready dukung dan lari


Lari atas bench


Ke garisan mula


Finish Line

Terlalu kabur gambar sebab laju sangat lari. Bhahahah....

Seterusnya game 5 years & 6 years ...

Then,

Penyampaian hadiah 
( Okay, biru dapat last place yer)



Dengan penuh confident berjalan dan ambil hadiah. Sebenarnya, time ni dia laju je tinggal ibu dia kat belakang. Berlari-lari anak aku kejar dia atas pentas tu. Disebabkan en.suami yang dah main tadi, aku pulak la teman Adam naik atas. Baru adil katanya. 



Okay, gambar berempat! Memang susah nak bergambar sekarang. T_T


Peace.


My little champion.

Dah habis, balik rumah. 
Rehat kejap, Mandi manda dulu
Nak keluar bayar hutang-hutang pulak.
Lepas tu dinner. Tak sanggup weh nak masak dengan perut dah berkeroncong.

Oh ya!

 Aku bersyukur sangat dengan keputusan hantar Adam ke LC seawal ni. Ada pertikaian sebab aku surirumah dan aku sepatutnya bleh didik dan ajar dia. Yes! Betul. Tapi...apa yang aku nak ialah dari sisi lain Adam. Dari segi pergaulan dan keyakinan diri dia. Alhamdulillah...semuanya melebihi expectation aku.

1 comment:

Min Min said...

well done adam !!