page

Monday 28 September 2015

Ibu! Tolong!

Pagi ni, Adam dan Aina masih lagi bergolek atas katil. Sekolah pun tutup sebab keadaan udara yang teruk sekarang ni. Jadi...sambung cutilah Adam.  Oleh kerana bebudak ni masih lagi tidur, cepat-cepat aku siapkan kerja rumah. Sapu sampah, mop lantai, jemur kain, dan last sekali masak untuk breakfast. Nasi putih, ayam goreng dan sup sayur. Siap! Dah siap semua, diorang masih lagi berdengkur. Ibu sambung la kayuh basikal kat rumah. Lemau pulak rasa badan sejak berhari-hari makan lemak je. Baru je kayuh 15minit tiba-tiba dengan Adam jerit dari atas "Ibu! Tolong!"

Eh! Bila Adam bangun?

Laju aku lari naik tangga. Langkau 2 tangga terus. Sampai atas, cari Adam dengan Aina takde atas katil. Rupanya, dalam bilik air! Ya Allah! Terkejutnya aku. Allah saja yang tahu betapa nak tercabutnya jantung ni. Bila masanya bangun dan terus masuk bilik air ni. Baru je nak bukak mulut, Adam dah bukak mulut dulu.

"Ibu..tolong bawak adik keluar. Along nak kencing ni. Kacau je adik ni"  

Laaaa....aku ingat sebab apa la nak mintak tolong tadi. Tapi...bagus jugak dia jerit, kalau tak, memang aku tak sedar yang diorang dah bangun. Dah siap kencing, mandikan terus. Dua-dua mandi sekaligus. Sental yang ni, bilas yang tu. Bilas yang ni, sental yang tu. Siap!

Lap badan Aina, Tekap badan Adam (badan Adam tak boleh lap sangat sebab luka eczema tu. Tekap-tekap je), sapu ubat dan cream Adam, kemudian pakai baju. Turun makan nasi! 

Okay..itu saje ceritanya. ;)


No comments: