page

Tuesday 8 September 2015

To the Lanjut, Rompin!

Lama dah tak ber-piknik dengan family. Lama sangat!!! Sampai tak ingat aku bila last pergi piknik dengan diorang ni. So, cuti Hari Merdeka baru ni, kitorang pakat semua nak pergi Lanjut. Mandi pantai. Cadangnya nak bertolak dari Muadzam pagi-pagi butalah kononnya. Takde maknanya. Pukul 10.30 jugak la baru gerak. Lauk-pauk yang aku dengan mama masak pagi tu, pun dah jadi suam-suam. Hahahah....Sampai ke Lanjut tu dalam pukul 11.30 jugak la. Matahari dah tegak atas kepala. Legam oiii!!!

Ni nama je piknik tepi pantai, tapi kitorang sewa jugak chalet sebuah. RM 50 sehari. Senang nak bilas-bilas, nak mandi, nak solat, nak kencing berak semua lah. Lagipun, toilet jauhnya la hai. Nak terkencing, boleh la lari masuk air pantai, nak terberak? Hohoho....


Moh lah tengok gambar-gambar yang tak tersusun ni. 


Si kecik ni tengah-tengah mandi, seluar tertanggal. Si ibu mengejar seluarnya. Yelah, masa ni b aru baik demam, jadi badan susut sikit. Seluar pun longgar. 



Menanam si bongsu. Sepatutnya nak kambus si Adam, tapi dia takut siap jerit-jerit lagi. Cu la take over. Rasanya, sejak papa meninggal dia lah paling terkesan. Paling stress. Sebab dia memang paling manja. Sangat manja. Jadinya, kami kakak dan abang-abang kena pastikan dia kena diberi perhatian selalu. Sejak arwah takde, lain sangat dia. Lain... 


Ni memang si manja ayah ni. Ada ayah, ibu takde no hal dah. 


Hai baby Rais! Welcome to Rompin. Ibu Long jumpa Ayah Long kat sini lah. Eh! bukanlah kat pantai ni, kat sekolah rompin. 


Yusri, si No.3. Suka posing dia ni. Kesayangan si Adam & Aina



We at Lanjut!



Dah kenapa aok yus?


Makan dulu, nenek masak ikan patin! Lapar perut time ni, tapi tak berselera nak makan nasi. Jamah durian je 2 bijik. 2 bijik je. Kesian kan? 2 bijik je. Tu pun berebut dengan orang lain. T__T


Mama kesayangan saya. Baru je pencen, Bosan katanya tak kerja. Ajak duduk sini, dia taknak. Sayang rumah. Dan mak mertua saya.



Berehat sebentar untuk makan. baru dalam air 15minit dah kelaparan semua orang.


Posing dulu kat Jeti.



Muhammad Rais! Buat apa tu? Hehehe...
Ini adik ipar saya. Honestly, pelik bila ada adik perempuan. Sebab tu bila ada Ain ni, banyak je benda nak share, nak cerita dengan dia. 



Masa ni tengah geli dengan pasir lagi. Orang jarang pergi pantai. Jarang merasa pasir.



Ma Boys!


Dah Okay pun. Kejap je geli. 



Makan lagi. Baby Rais xsudah lagi makan tu. 

3 generasi wanita. Mama, aku dan Aina. Makan nasi denga sayur je yer adik. Jaga kulit. 

Ebi, Angah dan Yusri. Oh! Ni, ada orang baru beli tepon baru. Waterproof katakan. Tu yang eksen jer...


Tengok kedudukan tangan dan kaki. Tengah geli tu. Hahahah...


Budak kecil main pasir.


Budak besar pun main pasir


Makan lagi


Hallu Rais! Sudah kenyang la tu! Alang-alang celebrate 1st Anniversary diorang ni. Happy Anniversary Angah & Ain. Teruskan bercinta sampai ke Jannah. Bercinta selepas nikah lagi indah kan? 

Lepas penat-penat mandi-manda, kami ke Kuantan pulak. Pergi jumpa Asyraf. Oh ya! Dia tak join mandi-manda ni. Busy katanya. Jadinya, mama ajak pergi dinner dengan dia. Makan pun area-area kolej dia je. Senang. Walaupun cadangan awal ialah di Tanjung Lumpur. Lepas makan, terus balik Muadzam. Sampai rumah, semua pengsan!

Next time, kita pergi tempat lain pulak la. Takpun, kita BBQ pulak. 

Okaylah...sampai sini je. Bye-bye! 


No comments: