page

Friday 11 September 2015

Kurusnya...Apa rahsia?

Sejak dari dulu sampai lah sekarang...memang inilah soalan yang selalu dituju pada aku. 

"Kurusnya. Apa rahsia?"

Takpun

"Tak besar-besar pun. Diet ke?"

Atau yang gurau kasar sikit

"Kena tiup dek angin, melayang je tu"
"Laki tak bagi makan ke?"
"Dah macam mayat hidup gayanya"

Kalau dulu-dulu, rajinlah menjawab. Lama-lama bosan jugak dengan soalan macam ni. Kalau boleh aku nak je badan sedap-sedap ni. Montok-montok gitu. Hahaha... Tapi yelah, manusia. Lagi-lagi perempuan, mana pernah puas hati dengan diri sendiri. Ada je komplen. Lagi-lagi bab kecantikan.

Rahsia maintain kurus aku:

Per-tama, 
Genetik. Mama aku kurus. Arwah Papa pun takdelah besar mana. Standard boroi tu je lah. Tapi, mama memang kurus zaman muda. Pernah nak try baju mama masa muda, ohoiii...tak muat! Tak boleh butang baju weh. Hahaha...

Ke-dua,
Sistem pencernaan aku yang sangat hebat. Asal masuk pasti keluar. Tapi, aku yakin ni dari praktis sejak aku sekolah rendah. Masa darjah 3, Cikgu Rahim (tak silap GPK rasanya pangkat Cikgu Rahim ni) take over kelas Pendidikan Jasmani. Soalan pertama dia "Siapa tak minum air masak lagi pagi ni?". Aku antara yang bersemangat angkat tangan. Terus Cikgu Rahim cakap "Siapa tak minum air masak pagi-pagi nanti susah nak jadi pandai". Dari tu jugak, setiap hari aku minum air masak pagi-pagi. Nak pandai punya pasal. Kebetulan lepas tu ada exam pertengahan tahun. BM, BI dengan Math dapat 100% tu. Terus percaya teori tu. Hahahah...Bila dah besar sikit, baru faham tujuan dia. 

Ke-tiga,
Masa bujang (lepas habis belajar) aku suka bersukan dan berlari. Jogging, Pusing padang sekolah (Saya kan cikgu sebelum ni), main badminton, bola jaring, redah hutan, naik bukit ridan, camping sana sini atau apa-apa je aktiviti yang ada. Dan...pergi gym. Gym kat sekolah je. Tapi okaylah, boleh lupakan cerita-cerita sedih masa tu lah...

Ke-empat,
Dah kahwin, Ada anak. Breastfeed lagi. Putus susu sekejap sebab pregnantkan Aina. Then, sampai sekarang masih lagi breastfeed. Baru ternak lemak, ada yang datang sedut. Aku tak sure teori ni betul ke tak, tapi breastfeed memang buat aku susah nak naik badan. 

Last,
Masa makan yang terhad. Sejak jadi surirumah balik ni. Masa makan aku agak tak tersusun. Dan...nak makan banyak pun susah sikit. Sambil suap makan anak tu lah, aku baru dapat makan banyak sikit. Kalau makan sendiri. Susah sikit. Kejap-kejap, yang si kecik nangis nak tidur la nak susu la. Takpun yang besar nak berak la nak kencing la. Biasanya time kita nak suap nasi ke mulut tu lah yang buat perangainya. Kalau nak tunggu budak-budak tidur, time tu jugak la kita rasa nak tidur. Hehehe...

Sekarang, orang nak komplen, komplen lah. Ynag penting aku rasa sihat dan boleh urus macam-macam. Boleh dukung bebudak ni sekali hangkut turun naik tangga. Tapi, kalau badan fit mesti lagi cantik. Disebabkan masa nak ke gym agak terhad. Aku ber-joget dan exercise je dengan bebudak ni kat rumah. Senang. Bukak youtube, search squat workout pastu follow step je lah.Tapi...banyaklah cekadak nak sudahkan satu sesi.. Penat lah, dahaga lah. Nak air bandung lah. Hahahah... 

Kurus ke berisi ke, yang penting sihat. Kan? Kita kena jaga diri kita sendiri. 
Kalau bukan kita siapa lagi nak jaga. 


No comments: