page

Wednesday 11 November 2015

Kisah merajuk sampai main bubble


Beberapa minggu sudah, aku rasa agak bosan dan sedikit stress. Jadi, bila tibanya hari Ahad, pagi-pagi buta aku ajak Farik keluar pergi jenjalan. Dia kata, penatla...ngantok ni. Aku pun, senyap terus blah, duduk depan TV lipat kain. Sejak-sejak sekarang, aku dah malas nak argue kalau ada berlaku selisih faham atau tak puas hati. Lagi pulak, masa tu memang ada sikit stress, taknak bertambah stress. (dan kononnya merajuk la ni) Dalam pada tu, rupanya, Farik dah siap mandi, siap mandikan anak-anak. Keluar bilik, dia senyum "Laaa...tadi kata nak keluar. Tengok, semua orang dah siap"

Senyum lebar, terus aku siap-siap sambil dengar Adam membebel.

First destinasi ke Putrajaya, kononnya nak buat MyKid Aina. Rupanya, servis untuk hari ahad dan public holiday dah takde. Sabtu pun half-day je. Baru je implement bulan September lepas. Lapar dan perut berbunyi, nak pergi makan tapi teringat, makcik jemput ke rumah dia. Jadinya, ke Puchong la kita. Langkah kanan masa tu, nasi dagang in the house! Yummeh! Bertambah-tambah makan. Thanks Cik, jimat duit belanja. Heheheh...  


Kami berdua anak-beranak kelaparan. Breakfast mihun je. Mana la kenyang kan dik?


Jadinya, makan papadom dalam kereta.


Setibanya di Puchong, kami je yang ada. Makan la dulu. Elok je sudah makan, sampai la rombongan-ronbongan yang lain. Mok sekeluarga, nak pergi konvokesyen Athirah kat PICC. Pun singgah makan dulu. Isi perut sebelum pergi. 



Well, kids always be kids. Rumah yang tadinya kemas, datang Adam dan Aina, habis semua tonggang terbalik. Masuk lagi geng-geng dari Puncak Alam, Keramat dan Kampung Padang. Lagilah bersepah. Tapi yang buat sepah semua ni, Adam dan Aina je. Yang lain tukang main je.


Masa ni, Aina cari gaduh dengan Idris. Gangster jugak anak dara aku ni. haiiiilah...

Dah abis sembang-sembang, perut pun dah kenyang, kami pun geraklah dulu. Hajatnya nak ke KL,cari tiles. Tapi, macam malas je, jadinya, kami ke Home Depot kat Damansara je. Dekat sikit. 

Oh ya! Bila dah kenyang, mesti happy. Jadinya....


Smile. Sampai nampak gigi taring dan gusi!
Damn...aku segan nak senyum sebab sekali senyum memang lebar je nampak. Dulu nak operate gigi sebab berlapis-lapis, tapi bila doktor kata 8 gigi kena cabut sekaligus, cancel lah. Duduk je diam-diam situ. (Eh! melalut cerita gigi la pulak)


Cubaan cover gigi


Tapi, dengan anak-anak, memang kena senyum nampak gigilah rasanya. Baru lah happy. Hahaha....
Tah pape je

Eh...shawl pun dah longgar kat belakang tu.

Balik dari Home Depot, singgah ke Setia Mall dulu. Nak bayar bil DiGi. Lepas tu, nak beli pretzel. Adam nangis-nangis nak masuk Chicken Rice Shop. Melepas pretzel ibu, makan lah nasi ayam. Tapi...bagus jugak. Lega ibu, tak yah masak balik ni. :)


Disebabkan dedua nak dengan ayah, ibu makan dulu. Makan banyak-banyak sampai kenyang. Lepas makan, pun anak-anak taknak jugak dengan ibu. Terpaksalah ayahnya makan dengan keadaan kelam kabut. Kalau datang mood anak-anak nak melekat dengan ayah, memang melekat je lah sepanjang hari. Nak pimpin tangan pun tak bagi tau.

Dah siap makan, Adam ajak main boling. Puas la elak, bagi alasan itu ini, tapi nak jugak. Nasib baiklah, penuh Takde lane kosong siap waiting list lagi. Merajuk la anak teruna tu. Turun-turun muka masam. Ikut je mana ayah dia bawak. Nampak je bubble, terus happy balik. 

Haiii..pandai pujuk yer ayah!

Dah 3 tahun lebih duduk sini, dari Setia Mall tak siap sampai lah dah penuh kedai dalam tu. Sampai dah macam-macam aktiviti terutamanya hari minggu, tak pernah sekali pun kami ke Setia Park ni untuk main bubble ke giant ball ke apa-apa je la. Kalau pergi, main kat taman tu lepas Farik habis kerja. Itupun, awal-awal dulu. Lepas tu, tak pergi langsung dah. Takpun, datang tengok air pancut malam-malam. Tu je lah. Main kat padang ni sekali je, masa Adam baru dapat kaki.

Ini, barulah kami jejak ke sini. Untuk bermain. Main sampai puas. 


Dua-dua seronok dan happy sangat. Lagi-lagi Adam. Walaupun penat sangat seharian keluar.





Sampai tutup-tutup mata Adam seronok yer. 



Sampai lewat petang lah main nya. Penat dan lenguh dah kaki semua orang. Dalam kereta, dua-dua tidur. Padahal, 5 minit je nak balik rumah. Tukar baju seluar, angkut masuk bilik air, basuh kaki, tangan dan muka (dalam keadaan mata tertutup dua-dua), terus sambung pengsan. Sama jugak kami berdua. Lepas isyak terus pengsan. Itupun, solat dah huyung hayang. Takdan cabut, telekung dah tersungkur. Nasiblah, ada hero tolong bukakan telekung. Dan kejut suruh naik katil. Terjaga pukul 2, dengar tiga-tiga berdengkur. Dengan Aina pun! Nampak sangat penat! Hahahah...

Dah makin meningkat umur ni, makin cepat penat lah Kena sambung minum ephyra balik ni. Aritu stop sebab try supplement lain, tapi tak best lah. Ephyra juga yang best! Memang bertenaga. 



No comments: