page

Monday 2 November 2015

Malam-malam ke FunFair

Tahu tak dua minggu lepas ada FunFair dekat dengan Stadium Shah Alam?  Di tapak letak kereta berhampiran Pasar Karat tu. Aku pun tahu sebab pagi ahad tu ke pasar karat, nak beli lauk-pauk yang berkurangan tu. Sampai-sampai nampak la Funfair yang tidak meriah sebab siang kan tutup. Farik nampak sangat excited, terus ajak pergi malam tu jugak. Tak sure ada lagi tak sekarang. Last lalu Rabu baru-baru ni ada lagi.

Last aku pergi Fun Fair masa diploma dulu. Uishhh...lama dah tu. Hampir 10 tahun dah. Nama pun Fun Fair, mainan dia lebih kurang je. Takde yang berbeza mana pun. Yang berbeza, nak masuk kena bayar. Dulu, nak main baru kena bayar guna token. Ni, nak masuk jenguk-jenguk je pun kena bayar. Dewasa, 4 ringgit manakala kanak-kanak, 2 ringgit. Total kami : 10 ringgit untuk masuk sahaja.

Masuk-masuk buat survey mainan mana best, berapa token guna. Oh ye, 1 token 2 ringgit. Berat hati jugak, tapi takpelah. Sekali ni je. Lagi pula, tukang sponsor yang excited. Kita biarkan la. Adam nampak train (roller coaster) terus ajak naik. Excited la mula-mula. Tengok pun takde laju mana pun, dan selekoh-selekoh yang bahaya. Boleh kot untuk budak-budak. Dah naik, mula-mula okay la, bila dah sampai tengah-tengah laju weh! Tengok muka Adam dah pucat. Risau la...Bila lah nak habis ni. Bila la nak habis ni. Habis je turun tanya okay tak? Okay...tapi laju la ibu. Ajak dia duduk dulu. Nampak la kaki dia menggeletar. Lama jugak la.



Inilah train ulat bulu itu (roller coaster). Nampak jinak je, rupanya agak ganas la. Kalau sesiapa yang rasa anak jenis takut-takut tu. Janganlah bawak naik. Jangan jadi macam kami. Hehe...cuma kami bernasib baik yang Adam tak melalak masa tu.


Untuk bagi gemuruh, gelisah Adam tu reda, kami duduk dulu dan bergambar dulu. Then, dia jadi happy. Tapi, kaki masih menggeletar. Nampak je Aina happy senyum melebar macam tu,  sebenarnya, nak capture gambar happy tu, fuh!!!...



Mula-mula, masam. Taknak langsung tengok camera.


Lepas tu, senyum sikit. Itu pun dengan orang sebelah sana. Ada apa ya?


Tadaaaa...hehehe... gigih mak orang tu nak suruh anak dara senyum. Teleng-teleng kepala.


Usaha dah berjaya! Boleh senyum dan ikut gaya Adam dah!


Semua dah senyum! Sorang je tak tayang gigi. Malu katanya. Hihihi...



Budak dah okay! Tapi ajak main yg lain takut. Naik naik merry go round pun 18x ibu ni pujuk. Yes! ibu dia memang excited nak naik kuda! Nasib baik lah dia turut akhirnya. Cumanya, mula-mula tu berpeluk lah dengan ibu. Sampai dah okay, barulah dia main sendiri.

Eh..bukan Farik ke yang paling excited mula-mula tadi.

Aah lah...semua dia nak naik. (Aku pun nak naik semua, cuma kondisi tak mengizinkan.)
Tapinya, dia dapat naik satu ni je. Vortex.


Vortex ni dia pusing-pusing je. Dalam terjemahan versi Adam "Ala...mainan yang number one tu, ada 4 kerusi tu. dia pusing-pusing laju-laju. Orang atas tu asyik jerit je. Tak malu kan ibu?"

Hahahaha....

Takut wehhhh naik tu. Sebab tu orang jerit.


Tanya Farik "Apa perasaan anda lepas naik vortex tu?" (ala-ala wartawan)
"Agaknya, inilah rasa orang yang jatuh bangunan kat site tu"

Ohhhoooiiiii!!! Sampai sini ada fikir pasal site.
Well...married to Civil Engineer yang sign contract berdarah dengan WCT.

Hahahaha....

Dah settle tu, ada lagi dalam 6 token, kita main tembak-tembak. Dapat lah keychai dolphin. Aku excited sampai jerit "Yeay! Dapat whale!!". Adam terus potong "Ibu...ni dolphin la. Bukan whale. Kenapa ibu salah?"

*Malu-malu*

Ditanya lagi...

"Kenapa ibu salah. Ni kan dolphin. Bukan whale"

Berkali-kali

"Ala...ibu salah sebut. Sorry la"

"Lain kali jangan salah lagi tau. Ingat..ni dolphin"

Baiklahhhh!!!

Token habis...kami pun pulang! 

Sampai rumah, semua pengsan!



No comments: