page

Monday 2 November 2015

Limau Nipis


Isnin baru ni, jiran selorong ni ada whatsApp nak datang rumah. Nak hantar barang. Tapi, sayangnya aku br sampai TESCO. Berfoya-foya dengan anak dara ni. Pergi makan aiskrim, donut & cuci mata tengok baju. So, aku reply, aku singgah ambil lepas ambil Adam nanti. 

Dah berfoya-foya, pergi beli biskut then terus ke sekolah Adam nak pick up dia. Dah setel semua, balik rumah, pergi singgah rumah jiran tu. Rupanya....dia nak bagi limau nipis dengan limau kasturi. Banyak giler dia bagi. Sampai tak tahu nk masak apa dah. Hari-hari tomyam bosan laaaa.

Jadinya, aku decide nak cuci rambut guna limau nipis ni. Sebiji, aku belah dua kemudian sental dekat rambut. Dengan xbuang pun biji dia. Lepas tu bilas. Guna sikat kasar, brush rambut lepas tu bilas lagi. Barulah brush guna sikat halus pulak. Bau rambut lepas tu.....wangi!!! Best sangat! Memang lembut dengan licin je. Seharian bau limau...best sangat!

Ada suka sangat! Sekejap-sekejap bau rambut. Aku pun tenyeh kat kepala Adam, tapi guna baki limau yg dah aku guna. Kulit budak-budak kan sensitif. Lagi pulak, yang over sensitif macam Adam. Dan....Adam suka!!!

"Wangi lah rambut along ni ibu"

Heheheeh....

CubaLah! 


Sampai hari ni, ada lagi limau kat rumah ni. Nak buat sental tapak kaki la pulak. 

:)

No comments: