page

Wednesday 4 March 2015

Ku Ber-seminar & Tinggal Anak

Assalamualaikum...waaaa!!! Dah masuk Mac dah ni. Busy betul bulan lepas. Rushing sana-sini. Fuhhh....tak cukup nafas pulak rasanya. Tapi...masih bertenaga. Alhamdulillah. Sebenarnya, petang ni, nak cerita tentang satu seminar yang aku attend under taska Adam ni. Reading Technique for LCs' parent. Fast Reading Technique. Yang mana, sangat bagus untuk ibu bapa. Boleh ajar anak kat rumah using same technique. Tidaklah kat sekolah guna teknik A, kat rumah teknik B. Tak ke confuse budak tu. Same concept dengan, kau tak bagi anak makan jajan. Tak elok untuk perut, nanti otak lembab katanya but then, kau beli jajan satu troli. Makan depan anak. Confuse tak? hahahah...



Untuk LC area klang, (Alam Nusantara, Bukit Raja, Kapar, Meru, Batu Belah dan ade lagi tak ingat) termasuk tersesat jauh Putra Height, dari pukul 2.30 - 5.30 petang. Sekejap sangat pun masanya. Tapi input. Superb! Kalau masa dipanjangkan lagi, mungkin lagi best! Lagi banyak yang boleh belajar. Kena buat seminar macam ni untuk satu hari. Kena bayar pun takpe. Pada aku lah.

Dengan suasana dalam dewan yang sangat menarik, dihias macam dalam kelas kat taaska. Tampal sana-tampal sini. Alat bantuan mengajar yang sangat banyak. Warna-warni. Carta sana-sini. Kita ni di-treat macam student la kiranya. Aktiviti yang diajar pun, sama yang diajar untuk anak-anak. Happening weh!




Ni seat first sebelum berganjak ke depan. Tapi, xde la depan mana pun. Hahahaha...aku tak suka duduk depan sebab kena mendongak nak belajar. Sakit wooo leher nanti. Aku duduk just nice untuk leher jinjangku berada dalam keadaan yang perfect. Ahhhaaaa... sepanjang sesi ni, ibu bapa kena simpan telefon yer. Silent dan simpan dalam beg. Macam anak-anak kita tak bawak phone ke sekolah. TAPI... ada je yang buat tak endah. Layan whatsapp, facebook. Update profile client (agen insurans).  Depan mata aku kot. Nak je tegur...tapi...biarlah. Mungkin dia dah pernah attend kot. Untuk anak yang first dulu ke? #husnuzon 

Kaedah belajar, guna suku kata. a ba ca da fa ga ha sampailah za. Takde dah a,b,c or phonic sound. Terus suku kata. Diorang master kan budak dengan vowel a. Dah master, it will be easy for e,i,o,u. Macam Adam sekarang, dah sampai za. Dah habislah kiranya. Tapi kena selalu praktis la... Lepas tu dia ajar bukan mengadap buku je. Melompat, menari, semua parent buat juga. Tapi sikit-sikit je la. Alhamdulillah..enjoy! Semangat nak buat dengan Adam. Sebenarnya, memang Adam ada apply kat rumah apa dia belajar, cumanya ibu ni hah tak paham... Tetiba... Aaaaa Bbaaaa  Ccaaaa.. Dalam hati, apa menda la yang diorg ajar anak aku ni. Rupanya...memang teknik diorang. 

Seminar ni, diorang tak galakkan bawak anak kecik sebenarnya. Sebab ganggu konsentrasi nanti.  Dan kalau boleh, mak ayah dua-dua kena attend. Tapi disebabkan hari sabtu ayah bebudak ni kerja full day jugak. Terpaksalah mintak jasa baik si Angah dan wife (Ain) tuk jagakan kejap. Berjalan ke melawati la diorang. Adam tu tak risau sangat sebab dia memang kamceng dengan mak ngah nye. SI Adik ni ha....memang taknak dengan orang lain selain aku dan suami. Oh...dengan nenek (mama aku) okay. Tapi...menurut kata mak ngah nye...Aina okay. Asyik nak berkepit dengan Adam la. Tak nampak Adam nangis. Waktu Adam ikut Ayah Ngah pergi masjid, menangis meleleh-leleh, berjurai-jurai air mata. Nampak si Albi (biras aku) pakai tudung, terus mintak dukung. Hahaha..biasanya asyik berperang. Takde ibu denga ayah, baru korang nak baik ek? Nak melekat ek. Hehehe..


Nampak tu? Meragam taknak pakai baju. Sanggup melekat dengan Adam. Adam pun, tangan dok main muka adik.

Dalam 5.30 habis, tunggu driver datang ambil. Terus ke Melawati. First, risau anak-anak susahkan orang. Anak kita lasak plus cengeng. Hahaha... Dengan Ain pulak pregnant 5 bulan. Yes! Adam dan Aina nak dapat cousin dah! Yippie! Second, sebab En. Suami kerja malam. Jadi kena masuk site balik. Tapi sempat lah dating kejap dalam kereta. Hahahah....

Konon nak singgah kejap je, tapi takde la kejap mana pun, sempat la makan malam kat sana. Macam biasa, masakan mak ain ni memang sedap. Cumanya, malu nak tambah. 

Muka tak sabar nak ambil anak

Dah ambil anak-anak, balik rumah. Terus bukak buku balik nak ajar anak. Semangat lah katakan. Hahaha...Okaylah...harap-harap kerajinan ini berterusan la! InsyaAllah! 

No comments: