page

Tuesday 10 July 2012

Cerita seram pulak!

Petang sabtu lalu yang rajin, tengah-tengah dok bersiul (eh! pandai ke bersiul?) sambil potong rumput depan rumah ni, ada sorang macik beri salam. Aku, manjawab salamnya dan pergi kt macik tuh. Nak bukak pagar tapi malas pulak nak amek kunci dalam rumah. Maaf yer macik. Dia tanya jiran aku biasa balik kerja pukul brape. Aissshhhh...Nak jawab ke soalan ni? Risau la pulak. Kan mcm-mcm jadi skrg ni. Kena la hati-hati. Tgh dalam dok fikir nak jawab ke tak tuh, macik tuh pun cakap "Eh, bukan apa nak. Kucing macik warna oren hidung pesek tuh dh mati. Macik nak bitau die sbb die slalu main ngan kucing macik tuh, si Tuah tuh. Doktor kata keracunan....bla..bla..bla..." Eh macik ni mcm tau-tau jer apa dlm otak ni... 


Dalam dok sembang tuh tiba-tiba macik tuh tanya: 


" Dah lama dok sini?" (Baru nak tanya lepas ngumpat-ngumpat tadi)
" Baru jer. Baru nak masuk 3 bulan. Jiran pun baru kenal sorang dua."
" Eh, awak dok sini macam mana? Ada kena pape tak? Ada dengar citer pape ke?"
  ( Ahhh sudahhh! Ni yang tak gemor ni! )
" Alhamdulillah, so far takde pape. Nape macik? 
" Malam semalam tak dengar anjing menyalak? Kat sini kalau malam jumaat anjing memang nyalak. Kan sini pun keras sikit tempatnye. "
" Hmmm...takde pulak rasenyer. Keras macam mane tuh macik "
" Ni mesti takde dengar citer, umah end lot sblh umah nyonya ni, tahun lepas ke dua tahun lepas ada budak mati gantung diri dalam master bedroom. Bulan puasa. Budaknya melayu muda dalam late 20's, handsome, good looking. Businessman. Mati gantung diri kat kipas. Stress rasenyer. Sian dia."
" Hah? "... TERDIAM
" Tuhla...Nyonya sebelah ni setiap ari buat upacara halau hantu lepas dari kes tuh. Eh, dh nak mahrib ni. Macik balik dulu. Nanti datang la rumah yer. Jalan-jalan. Umah macik lorong belakang ni je."
" InsyaALLAH...petang sok saya g jenjalan umah macik yer. "
" Okelah. Assalamualaikum"
" Waalaikummussalam"


Haaa...tuhla...gatal lagi mulut tuh tanya kan wanie. Hadui...mula lah...Dari sebelum ni selamba aku dok berdua ngan adam bila mak mertua aku balik kampung kan dah seraammmss... Mula lah sejak malam tuh, macam-macam rasa. Aishhh...
Dah la, selang sebuah jer "rumah" tuh ngan rumah aku. 


Alhamdulillah, setakat ni takde pape. Tapi naik seram jugak bila malam-malam terutama bila encik suami balik malam. Pulak tuh, Adam sekarang malam asek meragam. Aku berdoa dijauhkan dari nampak menda-menda tak senonoh ni. InsyaALLAH.

No comments: