page

Thursday, 6 December 2012

15 bulan

Ibu Ayah sayang sangat kat Adam!

Hari ni genap lah Adam Zafran 15 bulan. Besar dah! Dah boleh bebel, dah boleh jalan, dah boleh ajak sembang (walau tak berbutir), dah boleh teman ibu potong rumput (menyibuk!), dah boleh teman ibu jemur kain (menyibuk!), dah boleh macam-macam la. Dan paling best, dah tumbuh gigi kapak yang besar itu! Seronok bila tengok anak membesar. Dari umur nya sehari,sebulan, setahun...macam-macam dah aku lalui. Pengalaman sangat bermakna dan bernilai. Banyak sangat cabaran dan dugaan Nya. Tapi kekuatan tangan menghayun buaian, bisa menggegar dunia. Erk? Bila Adam guna buai? Hahahah...mengarut saja ye. Alhamdulillah, aku lalui semua dengan penuh syukur. 

Aku mungkin bukanlah ibu yang sempurna, namun dari hari ke hari aku belajar. Setiap hari, aku belajar. Bukan senang jadi ibu. Malam tidur tak lena. Sebabnya Adam ni tak boleh peluh langsung dan kering langsung. Garu je. Jadi, memang tak lena. Bila garu, bangun. Sapu losyen. Bila merengek, bangun. Usap belakang sampai lena. Siang, lagi lah tak tidur nya. Mana nak kejar buat kerja rumah semua. Asal bangun je, dah sah-sah kena stop semua kerja.Oh! Pada yang pandai cakap saja tuh, timang anak dan jadi ibu dulu. Ini, belom kahwin lagi dengan so-called boyfriend dah pandai cakap yer tak pandai jaga nak la, apa la..

Adam suka pakai sunglass. Bila pakai mesti pandang ibu, senyum. Pandang ayah, senyum. nak bitau yang dia hensem lah. Well, anak aku memang hensem. Hahaha...Ops! Bahaya! Nanti ada orang kata aku show off lagi. Hadoooiii la... Payah ada suami dan anak yang handsome ni. Hahaha... Alamak! Lepas lagi.

Senyum 1
Senyum 2
Senyum khas untuk ibu!      

Harini, pergi buat check-up untuk 15 bulan. Check berat, panjang, lilit kepala. Adam tak naik banyak berat dia. Sipi je nak masuk line kuning tu. Lepas ni kena makan banyak lagi Adam ni. Dia sekarang dah kuat main, makan kurang. Bukanlah tak makan, tapi kurang dari dulu. Kalau dulu semangkuk sekali makan, sekarang 3/4 habis pun bersyukur sangat. Oh, tadi check-up kat tempat biasa. KKIA Taman Medan. Samapi agak awal, tadi lama gila nak sampai turn. Jam 8 register, Pukul 10 baru checkup. Orang pulak ramai yang amat. Hadoiii...dah la lupa ambil kasut dalam kereta. Berdukung la berjam-jam tuh. Ayahnya pulak kebetulan tak dapat teman, sebabnya semalam tak masuk site, ada training kat tempat lain. Gigih la ibunya dukung sana-sini. Kerusi penuh, yang bapa-bapa duduk dok sibuk main tablet, taknak pulak kasi can ibu-ibu yang dukung anak ni duduk. Ni kat klinik, kalau dalam train camne lah agaknya? Nasib la kali ni tak banyak ragam Adam. Dah besar barangkali taknak susahkan ibu. Terus membesar dengan siaht dan sempurna ya sayang. Ibu akan membimbing kamu jadi anak yang soleh. InsyaALLAH... Takkan rosak melayu mu kalau ibu yang jadi cikgunya. Aik? hahahah....



Penat tunggu turn nak check-up. Padahal datang awal dah. 



3 comments:

(^__^) miza muhd said...

Semoga jadi anak yang soleh ye Adam... Amin.

Best je tgk anak korang da besar. (^___^) Jeles aku. HUhuhu...

hazwani hussin said...

Aminn..Ya Rabbi!

Hihihi...memang best, tapi lagi best masa anak tuh kecik Sal. Rindu baby!

(^__^) miza muhd said...

If rindu baby, kena usaha ada 2nd baby la. hahahaha... Usaha lebey ckit.