page

Wednesday 12 December 2012

Jujur aku penat

Lama aku bersabar untuk tidak langsung membalas dan mencoret sesuatu berkaitan kisah yang berlaku beberapa hari lalu. Alhamdulillah, Allah bantu aku dengan tidak membalas sehuruf pun kata-kata, perli-perli dan hinaan-hinaan itu semua. Aku cuma mohon pada Allah, agar aku dibantu. Ya, suami aku membantu dan bercakap bagi pihak aku. Tapi, sebaliknya yang jadi. She's sooo indeniable. Masih tidak boleh terima hakikat yang suami aku membantu aku? Tak perlu banding dengan yang dulu. Sebab dulu aku bukan isterinya. Bukan sah halal untuknya.

Cerita bermula tentang kerja, diteruskan tentang warning tentang berkawan dengan officemate husband, diselangi cerita silam, diakhiri masalah menyentuh dengan perkahwinan aku? Hmmm...panjang kronologi nya.

Bukan nak membuka pekung di dada
Bukan nak memalukan sesama wanita
Bukan taknak akhiri semua ni

Cuma, ini mungkin tulisan terakhir aku tentang hal ini.
No more after this. Cukup noktah akhir disini. 
Di laman ini.

Semua dah habis sayang...
Ianya dah lama habis.
Sebab..
Penat nak melayan perangai tak sudah
 
Aku bukanlah bodoh tegar seperti yang kau kata. 
Bodoh selamanya?
Rosak anak melayu kalau aku gurunya?
Kasar ayat kamu.. Takpe, mungkin itu caranya nak lepaskan geram barangkali.

Hmm...aku tak suka nak bercerita dengan orang yang tidak rapat.
Dan aku lebih suka pada forward dan biar orang nilai cerita itu,
Jahat aku bukan?
Sebab, cerita hanya akan menyebabkan aku jadi berat sebelah dan tokok tambah
Ada baiknya, aku forward semuanya. Kejam tapi adil.
 
Oh! Aku bukan obses, tapi aku percaya pada petunjuk Allah untuk aku.
Aku masih bertahan dan bersabar dulu atas bimbingan Allah juga.
Jangan lupa, kau juga pernah merayu dengan aku
Jangan lupa, kau bersusah payah lakukan pelbagai usaha untuk memilikinya
Jangan lupa, kau juga pernah menangis untuk memiliki.

Aku doakan kau bahagia dengan semuanya.
Dengan hidup cara kau
Jangan persoalkan cara hidup aku
Sebab aku memang dilahirkan sbgi perempuan kampung
Tapi bukan seorang yang bodoh
Dan bukan juga seorang yang bebal
Cuma seorang yang leka dan lalai
Tapi sentiasa insan yang membantu aku keluar dari kelekaan dan kelalaian itu
Sentiasa

Alhamdulillah, Allah tetap menyayangi aku.
Dan membantu aku.

Jangan pernah wujud lagi.

Amin...
 




 

No comments: