page

Thursday 20 December 2012

di bilik mandi

Dah lama tak cerita tentang perkembangan anak. Makin besar makin panjang akalnya. Makin suka tiru meniru. Berbanding ibu, adam lebih cepat ikut perbuatan dan percakapan ayah dia. Apa saja ayah dia ajar, mesti cepat je dia ikut. Main agah-agah orang, buat macam-macam bunyi. Dan... Adam memang manja dengan ayahnya.
Kisah di bilik air
Biasanya bila mandi, Adam mandi direct air sejuk. Dah tak mandi air suam ni. Dan biasanya aku jirus je dgn paip, no more kolam renang (besen). Tapi...sejak beberapa hari lepas, dia mandi dengan ayahnya. Ayahnya ajak berendam dalam besen. Suka sangat la budak itu. Sampai tak nak keluar bilik air. Huh!! Sejak itu, asal masuk bilik air, diturunkan sendiri besen dia, masuk besen yang takde air dengan ber'balut' lagi montot tuh. Dan sejak itu jugak, aku jadi tercongok dekat tepi dia. 10min? 10min la. 30min? 30 min la... Aku biarkan sampai dia puas. Kalau tak puas, kejap diketuk pintu bilik air tu. Kejap dimuncung mulut pegang pampers celah kangkang. Konon kencing la yer... Dan no more nanges nak ajak mandi. Pegang je tuala, terus ke pintu bilik air. Hihihi... Jom kita mandi Adam!

No comments: