page

Saturday 15 December 2012

Papa warded, Faris kahwin

Weekend lepas, aku sekeluarga balik kampung. Lama tak balik. Eh? Lama ke? Lama la jugak tak baliknya. Reason nak balik kampung sebab sepupu aku, si Faris kahwin. Tapi nak dijadikan cerita, khamis malam papa warded. Aku dah gabra, ingat sebab jantung lagi. Rupanya paru-paru yang buat problem. Ada air lagi. Bila dikorek-korek cerita, rupanya papa minum air lebih dari yang diarahkan. Tambah lagi, sekarang kan musim hujan. Sejuk memanjang. 

Okay, doktor nasihatkan papa hanya boleh minum air tak lebih dari 200ml, kalau tak silap. Bayangkan 200ml. Sikit sangat. Memang kering tekak la. Dah la baru berhenti merokok, lagi la nak minum air banyak. Tapi nak buat macam mana, banyak tu je. Bila lebih, camnilah jadi. Paru-paru masuk air, kena stay kat hospital. Disebabkan papa tak la teruk sangat, aku decided balik sabtu malam. Husband aku kerja hari sabtu. Full day. Jadi, sabtu malam la.

Patutnya, sabtu pagu aku follow cousin aku terus ke Bentong, belah perempuan. Tapi takkan aku nak tinggal mak dan tok mertua aku. Pulak, dua-dua ngadu pusing kepala. Jadi, cancel la planning aku. Aku gerak sabtu malam balik Muadzam. Ahad pagi, pergi ke Kuantan. Hajatnya nak pergi pagi-pagi. Boleh tolong mana-mana yang perlu, tapi papa tak boleh keluar lagi. Result darah tak dapat lagi. Almost noon jugak la kami gerak. Sampai pun dah siap berarak semua. Sedih. Apakan daya, macam-macam timbul saat akhir. Papa pun sakit. (T_T)

Cerita tentang wedding balik.

Faris dan pasangan, Nadira berbaju biru dan sangat cantik. Pelamin, hiasan katil, hantaran, semua la hasil tangan adik-beradik, sedara mara semua. Semua buat sendiri. Mereka memang kreatif! Sape nak tempah boleh la calling-calling yer. Hahahaha... Dalam banyak-banyak hiasan, paling aku suka tengok, pelamin. pelamin dia cantik sangat walaupun simple. Tapi gigih jugak la nak deco-deco tuh. Plus, unik sangat! Ramai tetamu datang dan puji pelamin. Harussss kembang semangkuk la mereka-mereka tuh. Hihihhi....

Faris ni sebaya ngan adik aku, Angah tuh. Kitorang gelar diorg ni kembar. Dari kecil sampai ke besar, bersama je. Plus, birth date pun selang 3 ari jer. Haaaa! Faris dah kahwin, awok bila lagi Ngah? hahaha... To Faris, Selamat Pengantin Baru cuz! Selamat mengharungi alam rumahtangga. Jadilah suami yang baik dan bimbinglah isteri dengan sempurna ya. 

Aku pulak, gambar tak banyak snap arituh. Plus, camera takde! Uwaaaa!!! Sayang...Jadi enjoy la tengok mana-mana yang ada yer.  

My big family. When we going crazy! Sayangnya, papa mama angah yus acap takde. And a few lagi missing in action. Oh! Tengok pelamin tuh. Cantik kan? Nampak la sikit-sikit kan?

Kami sekeluarga dan pengantin
 
Aku, Adam dan my brother Acap. Budak baru lepas exam. Muka sangat bersinar walaupun tak berapa nak nampak. hahahaah...
    
Di-edit oleh hubby. Pengantin lama tak lama la. Baru dua tahun. =)

No comments: