page

Monday, 17 December 2012

Kenapa Paradigm mall?

Soalan: 
Kenapa kau selalu pergi paradigm mall je? Takde tempat lain ke? Asal update, paradigm. Asal lepak, paradigm. Asal shopping, paradigm. Best sangat ke kat situ? Aku pernah je pergi. Bosan and agak boring la..

Ramai jugak yang selalu tanya aku soalan ni. Terutama kawan-kawan yang baik dengan aku. Yang rapat mostly tahu jawapan sebenarnya. Tapi, biasanya aku senyum je la bila diorang ni tanya.  Aku sebenarnya ada beberapa set jawapan untuk mereka-mereka ni. So, harap-harap berpuas hatilah dengan jawapan aku ni yer. 

Set A:

Barang-barang, kedai-kedai kat sini agak mewah. Mostly, pada aku banyak barang-barang branded dan agak mahal. Jadi sesuai untuk aku. Ber-window shopping. Sebabnya, aku takkan mampu nak beli yang mahal-mahal ni. Just window shopping la. Usha mana yang berkenan, then cari la kat pasar malam ke, downtown-uptown ke, online shop ke, mana-mana yang boleh kita dapat dengan harga yang jauh lebih murah tapi lebih kurang. Tambah pulak, aku memang tak kisah dengan brand. Janji sedap dipakai, cantik dipandang.

Set B:

Fastfood yang berbeza? Kalau dulu, masuk mall aku lapar cari McDonald, KFC, Pizza hut. Walaupun lapar nasi. Ade je Old Town, Chicken Rice Shop, Kenny Rogers, Teh Tarik Place kat tempat lain, tapi aku takkan pandang. Yang 3 serangkai atas tuh jugak aku masuk. Seriously! Dan kalau kat sini, memang takde 3serangkai tu. Lapar, cari nasi. Lagi kenyang. Hahahaha...

Set C:

Sebab utama ialah site suami aku kat paradigm ni hah! Yang 2 atas tu melalut je belaka. Jadi, bila site kat sini, lagi senang dan tidak menyusahkan kami, untuk aku bawak Adam jalan-jalan dalam mall ialah di Paradigm ni hah! Parking, guna season pass. Free di situ. Makan, kalau rasa nak mengada-ngada, manja-manja, text hubby "Abg, jom makan. Lapo!". Hubby akan reply punya. "Ok. 15minit lagi kat Tea Garden". Hah! Sambil kerja, boleh main dengan anak. Tak gitu! Agak-agak nak beli barang, tak cukup duit, call je. Terus hubby datang kasi wallet dia. Bukan duit, wallet terus. hahaha... Surau pun besar dan selesa. Baby room every floor ada. Kalau Adam agak-agak dah nak pengsan, bawak masuk baby room, kasi susu, tidurlah kat baby room tuh. Ibu pun rehat kejap. Agak nak beli barang dapur, pusing-pusing sampai jam 5, pergi tesco kat bawah. Beli la bawang ke tepung ke ayam ke, sat g ayah datang. Shopping sama-sama. Senang! Sekali harung. Hahahah...
 
Satu lagi, kat Paradigm ni aku suka cuci mata kat Kaison. Frame murah-murah, bunga murah-murah. Nak deco rumah, bli barang kat sini je, then DIY. Murah. Senang. Tak serabut. Tak perlu la aku nak berhimpit kat IKEA di hari ahad. Tak perlu habis minyak tol ke nilai sana tuh. Lagipun, senang dua-dua pihak. Kalau setakat pergi dekat-dekat area situ, bolehla nak dihantar. Kalau pergi jauh-jauh tidaklah. Drive sendiri? Setakat ni, lepas beranak, tak pernah aku drive berdua je dengan Adam. Mesti berteman. Sape nak handle Adam? Aku tak pernah ajar Adam guna car seat. Susah la sikit.

Tak kisah kat mana pun aku pergi, janji dengan Adam dan suami. Itu cukup. Spend time tak semestinya bergantung pada kat mana nak hangout, tapi lebih pada kualiti masa tu. DAN, lain orang lain cara spend masa, lain cara berhibur. Ini aku. Dan aku suka dengan cara aku.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Selingan!

Sebab tuh, bila ada orang cakap nampak suami aku dengan perempuan lain kat Paradigm, aku gelakkan jer. Bukan apa, kau jumpa suami aku hari apa? Isnin-Sabtu? Itu working days dia. Hari Ahad? Kalau dia kerja Ahad pun, kejap je kat site tu, balik rumah makan. Petang pergi pulak. Itupun bawak kami anak-beranak. Kalaupun dengan perempuan, aku boleh agak suami aku dengan officemate dia la tuh. Ramai engineer perempuan kat sana. Mungkin diorang pergi makan , tak pun pergi check defect ke kat dalam mall tu. Betul tak? Oh, Suami aku pakai safety boot x? Ke orang tu tak perasan kasut suami aku. (Tgk muka je, suami aku hensem! Tenkiu!). Lain kali jangan hentam orang sebelum kaji. Lainlah, kalau mereka melakukan aksi yang mencurigakan. baru betul. Jangan lupa, snap gambar then send yer! 

Gambar lama: Opening week. Jenjalan tengah office hour. Gila kental!

Sempat berposing lagi.





2 comments:

Affiey said...

Abaikan ja apa yg orang nak cakap..
Asalkan akak bahagia..okey..:)

hazwani hussin said...

yeah!!!
insyaAllah... ;)