page

Wednesday 5 December 2012

Terima kasih Ya Allah

Hampir seminggu hidup aku di ganggu. Ada juga niat nak buat laporan polis dah. Orang kata kalau kita senyap, lebih bagus untuk elakkan dari perkara lain yang jadi. Tapi makin senyap makin galak pulak jadinya. Manusia yang akalnya sejengkal barangkali. Tapi ada bagus jugak semua ni jadi. Siapa sangka yang buruk itu Allah gantikan dengan sesuatu yang indah.

Betul..bila Allah turunkan satu ujian pada kita, dia memberi 2 kesenangan dalam hidup. Pertama, the true colour of that person Allah tunjuk pada aku. Segala perkataan dan keaiban yang dia keluarkan, menunjukkan tahap pemikiran. Dan secara tak langsung membuka aib sendiri. Masha Allah...malu sungguh aku. Allah dah berfirman 'Andai dibuka aib seseorang,nescaya Allah akan membuka semua aibnya. Andai ditutup aib seseorang,nescaya tertutuplah aib kamu'...
Kedua, mengutuhkan lagi ikatan perkahwinan. Bila suamiku mula mempertahankan aku, stand up and speak up for me. Yang mana sebelum ni suami aku lebih ke arah tidak mahu masuk campur dan tidak mahu melibatkan diri. Dia lebih kepada pasif solution. Namun alhirnya dia menjadi perisai aku. Alhamdulillah, Allah membantu aku.

Terlalu banyak yang berlaku dalam beberapa hari ni. Penat. Sudah pasti. Tiada siapa mahu berada dalam situasi aku. Tapi aku anggap diri ini bertuah. Allah memilih aku, kerana sayangnya Dia pada aku. Indahnya seseorang melalui bahasa. Terlalu banyak bahasa kasar aku hambur sebelum ni. Aku belajar dari sesuatu.

Terima kasih Ya Allah...

No comments: