page

Tuesday 4 December 2012

swimming on saturday

The faces of Adam!

Entry ni dh lama aku simpan dalam draft. Lupa nak edit. Alang-alang dah free ni, kita keluarkan cerita ini. Cerita nak bawak Adam swimming ni sebenarnya, ibu Adam ni nak jumpa kawan yang lama sangat dah tak jumpa, Fatma. Last jumpa, Ramadhan tahun lepas la. Buka puasa ramai-ramai ngan classmate kat The curve. Dah setahun lebih jugak la. Banyak kali dah plan nak jumpa, tapi selalu ada halangan dan masa kami tak sama. Aku bz, fatma free. Aku free, fatma bz. Finally, baru ada peluang nak jumpa, dan lepak macam dulu-dulu. Ni, alang-alang nak jumpa, dari lepak lama-lama kat mall, Fatma ajak lepak kat rumah dia di Putrajaya. Sambil swimming. Anak si Fatma, Istajib ni suka swim...Jadi, aktiviti kami ialah swimming dan hangout bersama anak-anak.
Bila lama dah tak jumpa, macam-macam la diboraknya. Dari family, anak dan cerita tentang zaman sekolah. Lepak, swim, borak, makan. Tak sedar dah lewat malam. Masa jalan sangat pantas hari tu. Ntah bila la kami dapat jumpa lagi. Sembang macam ni, sambil layan anak-anak. Seronok sangat!
Ha...Adam pun seronok. Dapat kawan. Iyalah, kat rumah main ngan ibu je. Istajib pulak layankan je si Adam. Istajib sangat well-manner. Baik sangat budaknya. Cerita pasal swimming ni, Istajib dengan mummy dia je swim. Aku dok kelek Adam masuk pool, menjerit saja. Sejuk ye jugak. Bawak keluar pool marah pulak. Hahahah...sepanjang swimming session tuh, Adam bergayut jer sambil tepuk-tepuk air. Dia buat macam besen mandi kat rumah pulak. Takpe la, first time nak masuk pool kan sayang! Sebenarnya, waktu kitorang main kat pool tu, hujan. Tapi rintik-rintik je. Tuh yang sejuk semacam. Baru berendam 15minit. Terketar-ketar Adam minum air. Funny giler muka Adam! 

Next time, kita ajak ayah pergi swim ye sayang. And, thanks to Fatma for the best accomodation! Sepanjang hari lupa segala masalah. Next time kita jumpa lagi ya Fatma, kita memasak pulak pasni. Love you and really miss you darling! 


Ni before pergi swim. Budak-budak main dalam kotak. Adam nanges jer!

Adam ketar-ketar. Sian dia, sejuk!

Ahha! Hero kita, Istajib! Bukan main seronok dapat air. Hujan pun still bergumbira





No comments: