page

Tuesday 27 November 2012

2 tahun bersama


Perkenalan bermula masa kami di menengah rendah lagi. Aku form 1-3, sekolah kat rompin. Gara-gara nak duduk asrama. Dapat pulak kelas rancangan khas, memang sukalah. Aku suka belajar bahasa arab. masa tuh la. First aku kenal dia, form 1, masa jadi ajk koperasi sekolah. Sebelum tu aku pernah dengar nama je, sbb ada  a few dormmate and classmate aku kat kelas admire gile kat mamat ni. Hmm..boleh tahan! Patut asal balik asrama je, dengar citer pasal die. Aku layankan jer,sbb aku tak kenal sangat mamat ni. Plus, aku ni takde pulak nak admire sesiapa lagi waktu tuh. Hahaha... Ada la beberapa lagi budak lelaki batch aku ni yang agak feymes. Siap berebut orang nak jadi adik angkat. Yelah, muka masing-masing comel time tuh. Budak lagi kan.

Nak dijadikan cerita, form 3 aku sekelas pulak dengan dia. Dalam 10 orang budak lelaki dalam kelas aku, dia sorang je yang tak banyak cakap ngan aku. Susah giler nak sembang dengan die. Mungkin sbb dia sorang bukan budak asrama. Tapi sebab tuh jugak aku dah mula suka tengok dia. Comel! Patutlah kawan-kawan aku suka kat mamat ni. Tapi aku lebih banyak senyap dari cerita ngan kawan-kawan aku. Sebabnya, dah tentu-tentu kawan aku suka kat dia, takkan aku nak kacau line pulak kan? Tapi...disebabkan aku ni bendahari kelas, ada point la nak cakap. Kalau tak mintak duit yuran, agak susah la nak borak ngan dia. Yelah, aku ni sape la. Budak lain comel, cantik. Aku ni pulak comot. huuuu... Sedey kan? Dah la aku ni pemalu orangnya. Dalam erti kata lain 'sombong'. Hahahah...

Ala...gambar tak clear la pulak, Tapi kami sekelas  la form 3.

Dia duduk depan saya, saya berdiri dibelakangnya, Jodoh kah? Hahahah...

Lepas PMR aku 'dipindahkan' ke SMTMS. Dipindahkan. Paksa tak rela. Aku nak jadi doktor, tapi terkubur harapan. Takpelah, masuk sekolah ni lagi happening. Geng gila-gila aku ada, geng skema aku ada, geng ponteng aku ada. Senang cakap, sekolah ni mewarnai memori aku. Tapi tuhla, terpisahlah aku dari si muka comel tuh. Nak kata lost contact ye jugak tapi aku slalu je dapat cerita tentang die. Kawan-kawan perempuan aku rajin tulis surat dan cerita tentang life diorang kat sana. Ada la terselit satu, dua cerita tentang dia. Tapi sampai situ jer.

Bertahun tak jumpa dan berhubung.

Aku buat latihan industri kat JKR Rompin. Waktu tu tahun 2004 tak silap aku. Aku praktikal sekali dengan kawan dia si Bob. So, dari situ kitorang mula contact balik. Pulak tu, ada friendster kan? Time tuh giler friendster. So, sembang-sembang melalui friendster. Sekali dia mintak number phone. Dari situ, terus rapat dan akhirnya couple. Hahaha...memang tak sangka la wei. Dahla aku minat dia diam-diam. hihihi...Kawan-kawan waktu sekolah bila jumpa dia mesti cakap 'Eh buck, ko ngan wani?'. Kalau jumpa aku pulak 'Eh wani, ko ngan buck?'.  Diorang pun tak percaya la wei. 

Bertahun bercinta, ada pasang surut. Ada luka sembuh. Dan pada 10 April 2010 kami bertunang. Dah bertunang pun lagilah...pasang surut. Bak kata orang, masa bertunang ujian dia Maha dasyat. Untuk sesetengah orang la. Yup..aku akui. Syaitan memang menggangu hubungan kami. Namun, kami di ijab kabulkan pada 26 November 2010 malam selepas isyak. Menangis la syaitan time tuh tengok anak adam mendirikan masjid. 27 November 2010, majlis besar. Dan sahlah aku menjadi isterinya. 
Kini, sudah 2 tahun kami mendirikan rumahtangga. Siap ada si lasak, Adam Zafran. Yang mewarnai lagi hidup kami. InsyaAllah, akan aku pertahankan rumahtangga aku hingga ke akhir hayat aku dan membesarkan zuriatku dengan sempurna. 

Itulah kisah aku dan si dia, Mohd Zulfarik bin Zahari. Cinta hati aku selamanya.

Photo: ;)




No comments: