page

Wednesday, 14 November 2012

Awal Muharram

Asar tadi, berakhir sudah tahun lalu. Bacaan doa akhir tahun pun dah di baca. Semoga tahun yang baru jer berlalu membawa segala kesakitan, keperitan, perasaan dengki, iri dan semua yang negatif dalam hidup aku. Semoga aku bakal lalui 1434H yang penuh warna-warni dan penuh positif dalam segala hal. Maghrib tadi menjemput Muharram dengan penuh kesyukuran. Aku masih berkesempatan bernafas di Muharram baru. Terima kasih Ya Allah!

Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Dan diharap tahun baru ini aku dapat menjadi muslimah yang baik. Disamping, menjadi isteri dan ibu yang sempurna untuk keluarga aku. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki dalam diri. Semoga Allah memberi kekuatan dan tekad hati untuk perbaiki. 

Antara perubahan yang perlu aku lakukan.  Dan apa yang aku ingin capai.

Mungkin sekarang aku selalunya di tangga 5 dan 6, dan aku perlu berganjak naik ke tangga 7. Tak mustahil juga ke tangga 8. InsyaAllah. Semoga aku diberi kekuatan dan tidak lalai.






Solat ikut waktu. Masuk waktu kena terus solat. Takmo tangguh-tangguh dah. Bab ni memang aku selalu terbabas. Selalu sangat. Lagi-lagi dapat tengok citer best. Oh! Tv memang berhantu. Dasat! 

Me-rajinkan diri untuk memasak instead of asek ajak husband makan kat luar. Selalu bila aku dah rasa jemu dengan masakan sendiri. Selalu jer jadi. Pasni kena belajar suka makan makanan sendiri. Dan bila juga penyakit 'M' datang. Payah jadinya. Ini memang wajib. Buang M letak R. Hihihi....

Jaga mulut! Oh..bukan mulut berbau yer. Tapi lidah ku yang bila berkata-kata sangat pedas. Terutamanya bila tak puas ati dan bila mana orang lain menyusahkan aku. Erti kata lain 'bila kemalasan, kebodohan orang lain menyusahkan aku dan terutamanya suami aku'. Jauhkan aku dari yang satu ni. Huh! Sungguh payah nak buat. 
Sentiasa menjaga persaudaraan ini. Kekal dan bahagia selamanya. Walau macam mana dan apa pun terjadi, mereka tetap keluarga. Darah daging. Susah senang. Sakit sihat.  dulu lagi Tok ayah ingatkan, buruk mana pun mereka, cantik mana pun mereka, mereka ialah keluarga. Semoga ikatan ini tidak pernah putus.
Paling penting, Membentuk dan menjaga keluarga ini supaya lebih bahagia dan penuh warna-warni coraknya. Semoga dilimpahi rahmat dari Allah dan restu dari family kami. Aku ingin menjadi ibu yang sempurna, yang mampu mendidik Adam menjadi anak soleh dan insan yang berguna. Begitu juga, menjadi isteri yang tidak akan mengheret suami ke neraka. Menjadi isteri yang sederhana serba serbi. InsyaALLAH.

 DAN

Aku menjadi aku. Tidak perlu menjadi sehebat, secantik dan se-gah orang lain. Sebab aku tidak boleh menjadi orang lain. Dan orang lain tidak boleh menjadi aku. Aku adalah istimewa!
Banyaknya! InsyaAllah...aku akan cuba lakukan dan harus lakukan untuk menjadi the new and better of Hazwani Hussin. Di mata ALLAH dan disamping mereka-mereka yang menerima aku sebagai dirinya aku. Amin... Amin Ya Rabbal Al-amin.

2 comments:

puteraduyong said...

semoga berjaya ye wani... insyaallah...

hazwani hussin said...

insyaAllah...amin!