page

Thursday, 15 November 2012

Namanya Sumayyah


Comel kan anak ni? Nama dia Sumayyah. Nama penuh tak ingat la pulak. Ni anak kepada kawan husband. Jimi dan Has. Diorang ni satu univesiti ngan husband aku. Sumayyah ni baru 2 bulan. Comel sangat! Geram...Hari ni, cuti jadi bercadang nak g jenguk baby-baby kawan husband. Kebetulan, ramai yang baru dapat anak. Tapi berkesempatan pergi yang satu ni jer. Lepas maghrib, kami  ke Taman Medan. Excited woo...

Sumayyah.

Yang buat aku teruja ialah namanya. Memang sangat kena dengan raut wajah anak kecil ni. Kena jugak dengan peribadi abah dan mamanya. Aku tak kenal sangat dengan Jimi dan Has ni. Jimi mungkin la sbb housemate husband aku dulu tapi Has ni baru brape kali jumpa. Setiap kali tengok muka Has ni, tenang je rasa. Orang kata ada 'nur'. Sama jugak bila tengok Sumayyah ni. Sejuk hati. Lagi lah, baby pulak. Ntah kenapa, bila aku pegang Sumayyah ni, perasaan aneh datang. Mungkin dah lama tak pegang anak kecil. Atau mungkin jugak...aku tak sabar nak ada baby girl. hihihi....



Adam mula-mula takde mood. Suruh 'sayang' Sumayyah. Taknak. (Sayang: Kiss).Baru bangun barangkali. Berkepit ngan ibu n ayah jer. Hampir setengah jam jugak la nak tunggu mood sampai. Dah datang mood dia, asek nak 'sayang' jer. Tengok tuh, semua nak pegang. Muka, mata, hidung Sumayyah, semua dia nak pegang. Biasa main dengan yang baya-baya dia. Ni ada baby. Suka lah dia... eh! suka ke? InsyaALLAH.. Boleh la kasi adik kat Adam. Hahaha....

Bila di-tengok balik, dalam geng husband aku kat UM dulu, husband jer dapat anak laki. Yang lain semua dapat gegurl. Aiyooo...jadi romeo la Adam. Macam ayah zaman muda dulu. Hahaha.... Tapi husband aku akan slalu cakap "Ish...takla. Adam baik." 

Husband aku pun baik jugak muda-muda dulu cuma nakal. Lelaki kan? Perempuan yang datang semua cantik-cantik, seksi meksi pulak tuh, open minded dan jugak pandai ber-sosial. Bukan macam aku, hanyalah seorang 'perempuan kampung'. Hey, aku pernah di gelar camtu okeh oleh gegurl-gegurl. Tapi. ada aku kisah? tak..sbb memang betul aku orang kampung. Sikit pun aku tak terguris. Dah memang diakui suami aku memang 'mulut manis'. Jadi, tak hairan la kalau ramai tergoda. Walaupun hanya sekadar nak jaga hati. Tak gitu encik suami? Takpelah, dah lama pun cerita itu.

Pasni nak 'Sumayyah' jugak la...InsyaAllah. Jika Allah izinkan.




4 comments:

Husna Hadzarami said...

Ala, suka sangat nama Sumayyah! And Aisyah juga. Harap juga dapat 'Sumayyah', tapi kalau dapat boboy lagi, tetap bersyukur juga. Asalkan semuanya sihat dan sempurna ;)

hazwani hussin said...

kan? best jer nama sumayyah. sejuk hati nak sebut. Tak kisah la jantinanya una, btol! jnji sihat dan sempurna kan?
mesti seronok kan pregnen lagi...

puteraduyong said...

kesimpulannya... nak anak pompuaan la kan wani... ;) teruskan usaha anda...hehe

(^__^) miza muhd said...

Usaha lebey ckit erk? InsyaAllah, ada rezki tu... Boleh bagi Adam kawan. :)