page

Friday 16 November 2012

Selamatkan Palestin


Apa kita buat pagi ni? Masih tersenyum ketika bangkit. Masih mengeliat di atas katil. Bangun melakukan rutin harian pagi. Melakukan kerja seperti biasa. Masih enak makan, bersembang dan bergelak ketawa. Masih mencongak bila gaji nak masuk. Poket dah makin kering. Gaji masuk nnt brape kene tolak hutang, bayar bil-bil, beli barang dapur. Masih mengira budget untuk shopping fav stuff, untuk next vacation. Masih lagi keluar ambil udara segar. Masih punya kekuatan dan tenaga untuk ber-jogging, ber-hiking, ber-sukan lasak di hujung minggu. Juga ada yang masih menyelak newspaper cari kerja, tak kurang cari berita sensasi. Masih on TV untuk tengok berita, tengok cerita korea ataupun layan kartun dengan anak. Masih lagi bermain dengan anak, bersenda gurau dengan suami/isteri. Masih memikir menu untuk hari ini. Masih lagi planning nak bawak family pergi mana petang ni. Kan? Masih...masih... dan masih... Itu yang antara yang kita lakukan di sini. Antara yang AKU lakukan di masa ini.

Tapi..

Bagaimana dengan mereka di sana?

Takut untuk keluar rumah. Takut nak bukak mata. Takut nak menghadapi hari esok. Takut berdepan kenyataan ahli keluarga sudah tiada ataupun anggota badan sudah hilang. Hanya mampu menyorok supaya tidak terkena bedilan bom. Hanya mampu berserah dan berdoa diselamatkan Allah. Hari demi hari mereka dalam ketakutan. Bukan takutkan pihak musuh. 

Sementara kita masih punya masa bersenang-senang, apa salahnya kita berdoa untuk mereka
Sementara kita masih punya wang untuk bersenang-senang, apa salahnya kita hulurkan pada mereka

Aku sendiri
Tidak mampu untuk menjadi sukarelawan untuk membantu
TIdak mampu untuk berperang untuk mereka
Tapi aku tidak mampu melihat penderitaan mereka.
Tidak mampu ikut sertai demostrasi di Kedutaan Amerika

Apa salahnya,
Kita berdoa untuk dihentikan penderitaan mereka
Kita berdoa untuk dilaknat musuh kita itu
Kita berdoa untuk diberi perlindungan untuk mereka
Kita berdoa untuk diberi kekuatan pada mereka supaya tetap mampu bertahan
Apa salahnya,
Kita hulurkan bantuan dengan perlindungan
Kita hulurkan kewangan
Kita hulurkan sokongan
Kita hulurkan sekadar termampunya kita
Ada pihak yang boleh menyampainya niat kita.
 

Untuk berita lanjut perkembangan Serangan ke atas Gaza oleh pihak Israel

Boleh tengok kat page: Aman Palestin

Dan jugak kat fesbuk: Selamatkan Palestin 

Dan banyak lagi page yang boleh kita baca.

Kalau nak lagi tambahkan pengetahuan, baca dulu sejarah tentang Israel dan Palestin. How it touch me! Betapa kejamnya Israel dan sekutunya. dan betapa bodohnya kita kerana sentiasa menyanjung mereka! Yup...saya pernah sanjung dan puji melangit Obama dan sekarang betapa kuatnya keinginan untuk memaki! 

Semoga Allah beri kekuatan pada mereka dan selamatkan mereka.




No comments: